Jun 14th

Ratu Agak Asal Babulang 2004-2009

By Skimpysonic
Senarai Ratu Agak Asal Babulang Tad Tahun 2004-2009

Ratu 2004-2009

Tahun & Cawangan Persatuan Bisaya yang kalap :

2004 - Bandar Limbang
2005 - Pengkalan Madang
2006 - Tedungan
2007 - Pengkalan Gurah
2008 - Lubok Lasas
2009 - Kemidan
Jun 13th

Pesta Gong Sarawak 2009

By Skimpysonic
Untuk yang gorom pa Miri, atau isai saja yang aro masa manau-manau lah ngintong Pesta Gong Sarawak 2009

Pesta Gong Sarawak
Tarikh : 27 Jun 2009
Tempat : Muzium Petroleum, Miri

Jati Bisaya aro maya anik Bengkel & Gerai Kraf, serta Makanan tradisional
Jam : 0830-1230

Pukulan Gong dan Peranannya Dalam Budaya Masyarakat Bisaya oleh En. Joseph Blandoi.

Persembahan Malam Budaya
Jam : 1930-2230
Tempat : Imperial Hotel, Miri
Persembahan Medley 3 Pukulan Gong dan Tarian oleh Kpg Pengkalan Gurah/Limpasong.
Tiket : RM400 / Per Table.

Seramai 9 Kumpulan Etnik akan mengadakan persembahan Gong.

Sumber - En Latip Sapong.
Jun 7th

Siaran Liputan Pesta Babulang 2009 di TV3

By Skimpysonic
Batu  Danau -  Siaran Liputan Pesta Babulang boleh ditonton di kaca televisyen pada 15 Jun 2009, di rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) Jam 7.30 di TV3.

Pesta Babulang 2009

Selamat Menonton!
Jun 7th

Dana RM500,000 untuk pembinaan Pusat Kebudayaan Bisaya

By Skimpysonic
LIMBANG - Kerajaan negeri meluluskan peruntukan sebanyak RM500,000 untuk pembinaan Pusat Kebudayaan Bisaya sebagai tempat mengembangkan keunikan adat resam dan budaya kaum minoriti itu.

Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata kerajaan sentiasa komited membangunkan dan memelihara keunikan serta kebudayaan pelbagai kaum di negeri ini.

Dengan peruntukan itu kita yakin Pusat Kebudayaan Bisaya akan menjadi mercu tanda dan identiti kaum Bisaya di negeri ini dalam usaha mengembangkan budaya dan tradisi mereka agar terus diwarisi generasi yang akan datang..

Sumber dipetik daripada Akhbar Utusan Borneo ( Ahad, 07 Jun 2009)
Jun 7th

Promosi keunikan budaya Sarawak di peringkat global

By Skimpysonic
LIMBANG - Kementerian Bandar dan Pelancongan Negeri akan terus melaksanakan pendekatan untuk mempromosikan Sarawak sebagai negeri yang kaya dengan keunikan budaya pelbagai kaum ke peringkat global. Menterinya, Datuk Michael Manyin berkata kepelbagaian aspek budaya setiap kaum akan diketengahkan dalam usaha menarik lebih ramai pelancong luar negara memasuki negeri ini.

Kita di Sarawak sudah lama membentuk budaya kita sendiri dalam usaha mempromosikan negeri ini termasuk Pesta Babulang bagi menunjukkan aspek budaya yang kita ada.

"Ini adalah penyelidikan yang dilakukan untuk menarik lebih ramai pelancong bukan saha dari dalam negari tetapi juga dari seluruh dunia," katanya pada Pesta Babulang di Batu Danau, semalam.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Paulus Palu Gumbang, Setiausaha Tetap Kementerian Bandar dan Pelancongan Datu Ose Murang, Residen Limbang, Maria Hasman dan Pengerusi Persatuan Bisaya Sarawak (PBS) Antonio Kathi Galis...

Sumber dipetik Akhbar Utusan Borneo - (Ahad, 07 Jun 2009)