Oct 20th

Aktiviti-aktiviti Persatuan Bisaya Cawangan Miri - Bulan November

By Skimpysonic

Persatuan Bisaya Sarawak Cawangan Miri akan mengadakan beberapa aktiviti pada bulan November.

 

1. Bola Sepak Piala Presiden 2009 Antara Cawangan PBS

    27th & 28th November 2009

    Stadium Miri & Kelab Reakreasi Petrolium Lutong

    VIP : YB En. Paulus P. Gumbang

    Contact Person : Cikgu Henery Madai (Hp: 013 8417457)

 

2. Jamuan Makan Malam

    27th November 2009 (6.30 to 11.00 pm)

    Dewan Besar, Eastwood Valley, Miri

    Ticket Price : RM500/table

   VIP : YB Datuk Patinggi Tan Sri Dr. George Chan (Dupty Chief Minister)

    Contact Person : En Dionysius Richard (Hp : 0135644500)

 

3. Golf

    28th November 2009

    Padang Golf, Eastwood Valley ( 7.30 to 1.00 pm and 1.30 to 5.00 pm)

    VIP : YB En. Andy Chia, ADUN Pujut

    Contact Person : En Alvin Yumpud (Hp : 0128777452)

 

4. Forum (Bisaya Melangkah Kehadapan)

    29th November 2009

    Persatuan Melanau, Miri

    Contact Person : En. George Gumbang (Hp : 0198555811)

 

  

 

Latip Sapong
Pengerusi Pengelola merangkap Presiden

Persatuan Bisaya Sarawak

Tel: 085 653499
Fax: 085 653344
H/P:
0198746965

Oct 3rd

YB Paulus, YB Hasbi Melawat Kampung Pengkalan Jawa

By Skimpysonic
Limbang - Selasa 29/09/2009. YB Paulus Palu Gumbang dan Isteri telah mengadakan lawatan tidak rasmi beliau ke kampung Pengkalan Jawa untuk meninjau kerosakan rumah mangsa ribut yang melanda sabtu lalu. Turut hadir ialah YB Hasbi Habibollah, diiringi beberapa pegawai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, cawangan Limbang.

yb1.jpg
Sep 29th

Ribut Melanda Limbang (26/09/09)

By Skimpysonic
Limbang - Ribut dan angin kencang telah melanda ke semua tempat di kawasan Limbang menyebabkan banyak harta benda dan tanaman musnah. Kejadian Ribut kuat yang berlaku kira-kira pukul 11.00 pagi pada 26 September 2009 telah diklafikasikan sebagai ribut puting beliung. Setakat ini tiada nyawa yang terkorban dilaporkan tetapi beberapa penduduk terpaksa berpindah kerana bumbung rumah mereka ranap dalam kejadian itu.

Di SK Pengkalan jawa, bumbung sebuah bangunan asrama lama juga telah ranap dalam kejadian ribut tersebut. Beberapa kerosakan lain turut dilaporkan dan pihak pegawai pelajaran bahagian Limbang dalam proses meninjau keadaan sekolah SKPJ.
Jul 26th

Pelajar 5 sekolah di Sarawak dikhuatiri terlibat

By Skimpysonic

Pelajar 5 sekolah di Sarawak dikhuatiri terlibat

KUCHING 25 Julai - Pelajar dari lima buah sekolah di negeri ini dikhuatiri dijangkiti selesema babi atau influenza A (H1N1), kata Pengarah Pelajaran Negeri Sarawak, Dr. Julaihi Bujang.

Beliau berkata, sekolah terbabit ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Kuching, Matang; SMK Bako, Kuching; SMK Medamit, Limbang;SMK Bakong, Miri dan Sekolah Kebangsaan (SK) Dato Traoh, Samarahan.

"Mereka dipercayai mempunyai simptom jangkitan selesema babi dan Jabatan Kesihatan negeri telah mengambil sampel mereka untuk ujian makmal,'' katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut beliau, pihaknya masih menunggu keputusan ujian itu dan sekiranya berlaku kes positif H1N1, pelajar terbabit akan diarahkan menjalani pengawasan rumah.

Julaihi memberitahu, setakat ini, empat buah sekolah telah ditutup tetapi dua daripadanya telah dibuka seperti biasa.

Sekolah yang telah dibuka semula ialah SMK Agama Limbang dan SMK Sains Kuching manakala SMK Patiambun dan SMK Kubong di Limbang akan dibuka pada 29 Julai ini.

sumber - Utusan Malaysia

Jul 23rd

Status Terkini H1N1 di Sekolah Seluruh Malaysia

By Skimpysonic

STATUS TERKINI H1N1 DI SEKOLAH (23 Julai 2009, 2.00ptg)

         STATUS TERKINI H1N1 DI SEKOLAH (23 Julai 2009, 2.00ptg)      
             
Bil Nama Sekolah Negeri Tempoh Tutup      
1 SJK (C ) Jalan Davidson Kuala Lumpur 19 hingga 26 Jun      
2 SK Assunta 1 Selangor 22 hingga 27 Jun       
3 SK Assunta 2 Selangor 22 hingga 27 Jun       
4 SMK Daman sara Utama Selangor 22 hingga 27 Jun       
5 SMK Seksyen 9, Shah Alam Selangor 22 hingga 27 Jun       
6 SMK Wangsa Maju Seksyen 2 Selangor 19 hingga 25 Jun      
7 SK Convent Sentul 1 Kuala Lumpur 23 hingga 30 Jun      
8 SJK (c ) Jinjang Utara Kuala Lumpur        
9 Kolej Tengku Kursiah Negeri Sembilan        
10 Sekolah Alam Shah Putrajaya Putrajaya        
11 SMK Dato' Jaaafar, johor Bahru Johor 22 hingga 29 Jun      
12 SMK Sultan Ismail, johor Bahru Johor 22 hingga 29 Jun      
13 SMK Convent, Johor Bahru Johor 22 hingga 29 Jun      
14 SMK Tsun Jin (Swasta) Kuala Lumpur 29 Jun hingga 3 Jul      
15 Sekolah Antarabangsa Seri Cempaka Selangor 23 hingga 28 Jun      
16 SMJ ( Persendirian) Chung Hwa Negeri Sembilan 29 hingga 5 Jul      
17 SMK Setapak Indah Kuala Lumpur 29 Jun hingga 5 utk 1 pelajar Julai 6 hingga 13 Julai untuk 2 pelajar      
18 SK Tmn Senangan P.Pinang 29 Jun hingga 5 Jul      
19 SMK Bukit Nanas, Setiu Terengganu        
20 Kolej Melayu Kuala Kangsar Perak mulai 3 Julai      
21 SK Setapak Indah Kuala Lumpur        
22 SK Pekan I, Labuan Labuan        
23 SK Sri Melor, Kota Bahru Kelantan mula 6 Julai      
24 SMK Jalan Arang, Kuching Sarawak mulai 5 Julai      
25 SMK Kg. Nangka, Sibu Sarawak mulai 2 Julai      
26 SK Semenggik, Padawan Sarawak mulai 3 Julai      
27 SK St. Mary, Kuching Sarawak mulai 3 Julai      
28 SMK Semerah Padi, Kuching Sarawak mulai 7 Julai      
29 SMK Bukit Gambir, Pulai Pinang Pulau Pinang 7 hingga 14 Julai      
30 SK Lanai, Baling Kedah mulai 7 Julai      
31 SK Tanjung Aru, Kota Kinabalu Sabah mulai 6 Julai      
32 SK Senandin, Miri Sarawak mulai 6 Julai      
33 SMK Tinggi Melaka Melaka muali 6 Julai      
28 SMK Mengabung, Telipot Terengganu        
29 SMK Melor, Kota Bahru          
30 SMK Penang Free Pulau Pinang        
31 SMK Abdul Rahim 2, Kudat Sabah 25 Jun hingga 1 Julai      
32 SK Intan Baiduri Kuala Lumpur        
33 SMK Permaisuri Nur Zahirah, Besut Terengganu 12 hingga 23 Julai      
34 SK Semabok Melaka 13 hingga 20 Julai      
35 SK SULTAN SULAIMAN 1 Terengganu        
36 SMK AMINUDDIN BAKI WPKL        
37 SMK INTEGRASI GOPENG Perak        
38 SMK PUTATAN Sabah mulai 10 Julai      
39 SMK PRESINT 16 1  Putrajaya        
40 SMK Taman Melati Kuala Lumpur 12 hingga 18 Julai      
41 SMK Bentara Luar, Batu Pahat Johor mulai 10 Julai      
42 SM Sains Kuching Sarawak mulai 17 Julai      
43 SBP I Gopeng Perak mulai 16 Julai      
44 SR Subang Bestari Selangor mulai 18 Julai      
45 SMK TTDI Selangor        
46 SJKC CHUNG HUA, MIRI Sarawak        
47 SK Jalan Bintang, Miri Sarawak        
48 SJKC CHUNG HUA TUDAN, Miri Sarawak        
49 SMK TUN ABD MALIK,MKA TGH Melaka 20 hingga 24 Julai      
50 SMK Kubong, Limbang Sarawak 22 hingga 29 Julai 09      
51 SMK Patiambun, Limbang Sarawak 22 hingga 29 Julai 09      
52 SMK Agama Matang Sarawak        
53 SMK Bt Jambul, P.Pinang P.Pinang        
54 SK Subang Bestari Selangor Selangor 23 hingga 30 Julai 09      
55 SMK Bt Jambul, P.Pinang P.Pinang        
56 SK Seremban 2, N. Sembilan        
57 SMK Lahad Datu Sabah        
58 SK Taman, Tawau Sabah        
Jul 22nd

Wabak selesema A (H1N1) terus menular di LIMBANG

By Skimpysonic
Khamis 22 Julai - Wabak selesema A (H1N1) terus menular dengan lima kejadian gugusan kes di Kuala Lumpur, Seremban, Limbang dan Permatang Pauh.

Lapan kes daripada 1,177 pelajar dan kakitangan Kolej Winfield International dan tujuh lagi di kalangan 3,095 pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan Maktab Tentera Diraja (RMC), Sungai Besi - kedua-duanya di Kuala Lumpur.

Tiga kes lagi melibatkan SMK Seremban 2 yang mempunyai 1,276 pelajar dan kakitangan, di samping sepuluh kes di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, Bukit Mertajam yang mempunyai 5,664
pelajar.

Selain itu, sepuluh kes daripada 1,011 pelajar SMK Kubong, Limbang, Sarawak.

Semuanya 38 kes di lima gugusan kejadian wabak itu termasuk dalam 44 kes terbaru yang disahkan hari ini. Selain tiga kes import dari Brunei, tiga lagi kes tempatan dianggap kes tersendiri (sporadic).

"Daripada 44 kes baru ini, hanya dua yang dirawat di hospital dengan rawatan antivirus. Baki kes dirawat sebagai pesakit luar dengan rawatan simptomatik," kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican dalam kenyataan media hari ini.

Setakat ini, Malaysia merekodkan 921 kes - 572 kes import dan 349 jangkitan tempatan tanpa sebarang kematian.

Tambahnya, kadar kes kematian influenza A (H1N1) 0.56 peratus atau satu kes kematian bagi tiap 180 kes dan berbanding dengan kadar kematian kes denggi di Malaysia iaitu 0.25 peratus atau satu kes bagi setiap 500 kes.

Seorang pesakit yang dijangkiti virus wabak itu masih dirawat unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh tetapi sudah beransur pulih, namun masih belum dibenarkan keluar dari unit berkenaan.

Dr Mohd Ismail berkata, ketika ini terdapat 11 pesakit atau dua peratus sedang menerima rawatan antivirus di hospital, manakala baki 909 pesakit atau 97 peratus telah sembuh.

Empat kes lagi (atau satu peratus) sedang menerima rawatan pesakit luar di rumah masing-masing.
Jul 17th

8 pelajar di Limbang positif H1N1

By Skimpysonic
LIMBANG 16 JULAI 2009:  Lapan pelajar dari Sekolah Menengah Agama Kerajaan (SMAK) Limbang dilaporkan positif Influenza A (H1N1) setakat jam 12 tengah hari ini menjadikan jumlah kes di negeri ini meningkat kepada 45 setakat ini - 23 kes import dan 22 jangkitan tempatan.

Bilik Gerakan Negeri dalam satu kenyataan kepada Bernama hari ini menyatakan 10 lagi pelajar dari SMK Sains Kuching di Jalan Matang di sini juga kini masih menunggu keputusan ujian kesihatan dari Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) di Kuala Lumpur yang dijangka diketahui esok.

Kenyataan itu menjelaskan berikutan kes terbaru itu dua sekolah terbabit kini diarah tutup bermula hari ini sehingga 23 Julai dan dijangka akan dibuka semula pada 24 Julai.

Statistik Jabatan Perubatan Sarawak menunjukkan bahawa 17 daripada jumlah kes yang dilaporkan setakat ini ialah dari Miri (termasuk tujuh kes import dan 10 jangkitan tempatan), 16 kes dilaporkan di Kuching (12 import dan empat jangkitan tempatan), sembilan kes dari Limbang (satu import dan lapan jangkitan tempatan), dua kes import di Bintulu dan satu kes import di Sibu.
Jun 14th

Ratu Agak Asal Babulang 2004-2009

By Skimpysonic
Senarai Ratu Agak Asal Babulang Tad Tahun 2004-2009

Ratu 2004-2009

Tahun & Cawangan Persatuan Bisaya yang kalap :

2004 - Bandar Limbang
2005 - Pengkalan Madang
2006 - Tedungan
2007 - Pengkalan Gurah
2008 - Lubok Lasas
2009 - Kemidan
Jun 13th

Pesta Gong Sarawak 2009

By Skimpysonic
Untuk yang gorom pa Miri, atau isai saja yang aro masa manau-manau lah ngintong Pesta Gong Sarawak 2009

Pesta Gong Sarawak
Tarikh : 27 Jun 2009
Tempat : Muzium Petroleum, Miri

Jati Bisaya aro maya anik Bengkel & Gerai Kraf, serta Makanan tradisional
Jam : 0830-1230

Pukulan Gong dan Peranannya Dalam Budaya Masyarakat Bisaya oleh En. Joseph Blandoi.

Persembahan Malam Budaya
Jam : 1930-2230
Tempat : Imperial Hotel, Miri
Persembahan Medley 3 Pukulan Gong dan Tarian oleh Kpg Pengkalan Gurah/Limpasong.
Tiket : RM400 / Per Table.

Seramai 9 Kumpulan Etnik akan mengadakan persembahan Gong.

Sumber - En Latip Sapong.
Jun 7th

Siaran Liputan Pesta Babulang 2009 di TV3

By Skimpysonic
Batu  Danau -  Siaran Liputan Pesta Babulang boleh ditonton di kaca televisyen pada 15 Jun 2009, di rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) Jam 7.30 di TV3.

Pesta Babulang 2009

Selamat Menonton!