BAPA PAKSA ANAK PEREMPUAN KERAT MAYAT IBU

Thursday 2nd July 2009 07:29pm 1
Autumn
Autumn
34 Posts
MEMPHIS, Tennessee 28 April - Seorang remaja perempuan yang memberitahu polis bahawa bapanya telah memaksa dirinya untuk membantu mengerat anggota badan ibunya dengan gergaji elektrik, berkata dia hanya terdaya memalingkan muka ketika kepala ibunya jatuh ke lantai.

Remaja berkenaan merupakan saksi utama dalam kes pendakwaan terhadap James Hawkins, 31, yang dituduh membunuh Charlene Gaither, 28, iaitu isterinya yang telah berkongsi hidup sehingga memperolehi tiga orang anak.

Perbicaraan dijadualkan September ini dan pendakwa raya berusaha untuk mendapatkan hukuman mati ke atasnya.

Menurut polis, Gaither telah dibunuh pada Februari 2008 di apartmen mereka dan anak perempuannya, Keyuna Thomas yang ketika itu berusia 12 tahun manakala dua lagi anak lelaki mereka, masing-masingnya berumur sembilan dan 11 tahun.

Keyuna yang kini berumur 13 tahun memberitahu polis dia melihat ayahnya menikam leher ibunya dengan pisau dan kemudian mencekik dengannya selepas dia mengancam mahu membuat laporan polis semasa mereka bergaduh.

Remaja berkenaan turut menyatakan, ayahnya telah memaksa dirinya untuk membantu memotong anggota badan ibunya sehari selepas kejadian pembunuhan itu.

Tarikh pendengaran kes telah ditangguhkan ke 22 Mei ini selepas peguam bela dan pendakwa raya bercanggah pendapat dalam menentukan sama ada kenyataan yang dibuat oleh Keyuna berhubung penghapusan mayat mangsa boleh diterima sebagai bukti.

Hawkins dikenakan ikat jamin sebanyak AS$4 juta (RM14.4 juta).

Hawkins membuat laporan kehilangan Gaither pada 12 Februari tahun lalu dan sepotong badannya ditemui dua hari kemudian di kawasan pedalaman Mississippi, selatan Memphis.

Anggota-anggota badan Gaither bagaimanapun tidak ditemui dan mangsa dikenal pasti mengunakan analisis DNA.

Remaja itu yang kini diletakkan dalam penjagaan keluarga ibunya berkata, adik lelakinya tidak menjadi saksi kejadian ataupun melihat mayat ibunya.

Menurutnya, dia turut dipaksa membersihkan tempat kejadian dan menyeret mayat ibunya ke peti penyejuk beku iaitu tempat ia disimpan untuk sementara waktu.

"Saya memberitahu ayah, saya tidak mahu lakukannya lagi, tetapi ayah berkata kau mahu mati juga?," katanya. - AP



Sumber: Utusan Online (29 April 2009)
Friday 3rd July 2009 01:32pm 2
dean
dean
4 Posts
kejam bapa orang ni...dahsyat betul...
Sunday 5th July 2009 12:23pm 3
Sean
Sean
5 Posts
bapa orang ni memang bukan manusia..
zaman sekarang manusia sanggup buat apa saja asalkan niat mereka tercapai(sambil mgeleng2 kepala)
mereka pentingkan diri sendiri...
kejam yama jelama tey..
Thursday 27th August 2009 11:22pm 4
Autumn
Autumn
34 Posts
Bonor no...aro parnah terjadi kes tey..
Malaysia mahupun luar negara harus hati2..

Please login or sign up to post on this network.
Click here to sign up now.